Tuesday, November 12, 2019

KLINIK KESIHATAN CHERAS (AKTIVITI SEMASA)

HARI BERSAMA PELANGGAN KKC 2019
(Kesedaran Kanser Dan Kesihatan Wanita)
Tarikh: 15/11/2019
Masa: 8:00 - 11:30 pagi
Tempat: Lobi KK Cheras
Semua WARGA CHERAS dialu-alukan hadir ke program tersebut.



Bacaan tambahan:
Amalan Tradisi dan Moden.
Penulis: Shariffah Suraya binti Syed Jamalusin.
Penjagaan kesihatan merupakan aspek penting dalam kehidupan manusia, tetapi sering diabaikan dan diambil mudah. Wanita merupakan penjaga kesihatan keluarga yang utama. Kerajaan Malaysia mengiktiraf peranan penting yang dimainkan oleh wanita dalam upaya menjaga kesihatan keluarga. Dalam pembentangan belanjawan  negara, turut disediakan peruntukan untuk perbelanjaan kesihatan wanita...
Oct 3, 2018 - KUALA LUMPUR: Selain menghidap kanser payudara, wanita juga terdedah kepada risiko barah hati yang berpunca daripada jangkitan ...
Aug 20, 2019 - KUALA LUMPUR: Setiap orang perlu peka terhadap sebarang perubahan atau gejala, berikutan keadaan terkini menunjukkan kanser boleh ...
Tanda kanser rahim atau kanser serviks mungkin sukar untuk dikesan pada peringkat awal. Namun, jika wanita lebih peka dengan perubahan diri mereka, pasti ...
Dec 2, 2018 - KANSER serviks adalah kanser ketiga paling tinggi dihidapi wanita di negara ini membabitkan 12 peratus daripada semua kanser yang ...
Kanser rahim atau kanser serviks adalah antara kanser yang boleh dikesan pada peringkat awal sekiranya para wanita peka terhadap perubahan yang berlaku ...
Jul 18, 2019 - Wanita tabah itu, Saemah Mohamad, 58, mendedahkan dia menghidap kanser kolon tahap satu sejak 2014, kanser payudara tahap dua pada ...
Oct 20, 2019 - KUALA LUMPUR - Pesakit kanser memberi gambaran mereka terpaksa berjuang meneruskan kehidupan di samping memerlukan sokongan ...
Jun 22, 2019 - Apabila berlaku kitaran haid yang tidak menentu, ramai golongan wanita yang tidak mengambilnya sebagai suatu perkara serius dan persepsi ...
Barah pangkal rahim atau juga dikenali sebagai kanser serviks merupakan barah yang kedua paling tinggi kejadiannya di kalangan wanita di Malaysia. Barah ...


Monday, November 11, 2019

KLINIK KESIHATAN CHERAS

KLINIK KESIHATAN CHERAS 
No 14, Jalan Yaacob Latif,
Bandar Tun Razak, 56000 Cheras Kuala Lumpur
Tel: +603-91333322, Fax: +603-91309020
Email: kkcheras@1govuc.gov.my

Facebook: Klinik-Kesihatan-Cheras

AKTIVITI-AKTIVITI SEMASA:
NOVEMBER 2019
Kesedaran Kanser Dan Kesihatan Wanita, 15 November 2019
Sambutan Hari Diabetes 2019 (KKC), 8 November 2019
(Cakna Diabetes: Keluarga Prihatin, Kesihatan Terjamin)
Lawatan Kelab Warga Emas ke Muzium Diraja Malaysia, 1 November 2019
OKTOBER 2019
Kursus Pemantapan Fungsi Panel Penasihat Klinik Kesihatan Peringkat Pejabat Kesihatan Cheras 2019, 30 Oktober, 2010
Facebook Klinik Kesihtan Cheras (Gambar-gambar Aktiviti Semasa)
Panel Penasihat Klinik Kesihatan Cheras 2019/2020

BARISAN PANEL PENASIHAT


DARI KIRI: ENCIK NG TACK YEE  (RAYMOND), ENCIK MUHAMMAD HARRIS SANTHANA ABDULLAH, ENCIK AMIR AHMAD, CHOO CHEN LEECE, TUAN HAJI ABDUL LATIF IDRIS ALMARBAWI (BENDAHARI), ENCIK AZMAN MAT NOOR (PENGERUSI), ENCIK SHA'ARI YUSOFF, PUAN ZURAINI MAHMOOD, ENCIK KUEK PO GUAN, ENCIK KARUNITY A/L SARAVANAM (PEMERIKSA KIRA-KIRA 2).
EMAIL: ppkkcheras@gmail.com
FACEBOOK: Klinik-Kesihatan-Cheras

Sumbangan Ikhlas:
Rahsia sedekah
Sebarang sumbangan yang disalurkan adalah melalui Panel Penasihat Klinik Kesihatan Cheras.
Bersama-sama ini disertakan nombor akaun berkenaan:
Nama:  PANEL PENASIHAT  KLINIK KESIHATAN CHERAS
No. Akaun:  2-14240-0004331-8
Bank:  RHB Bank Berhad
Rujukan: Sumbangan COVID-19
Sebarang kemusykilan dan pertanyaan sila hubungi/WhatsApp ke talian berikut: Pengerusi PPKKC: +60147538281
Kerjasama dan keperihatinan daripada anda amatlah dihargai dan pihak pihak Panel Penasihat Klinik Kesihatan Cheras mengucapkan jutaan terima kasih.

Sama-samalah kita membantu dan berdoa agar warga Cheras khasnya dan Negara amnya memiliki tahap penjagaan kesihatan terbaik mungkin.

Sumbangan yang diberikan oleh ahli-ahli Panel Penasihat Klinik Kesihatan adalah besar ertinya dalam usaha untuk membentuk sebuah masyarakat yang sihat kearah mencapai taraf sebuah negara maju.  Sebagai menghargai sumbangan yang diberikan beberapa inisiatif telah dilaksanakan seperti mengadakan majlis perlantikan rasmi di peringkat daerah/negeri, pemberian surat dan sijil perlantikan serta kad pengenalan diri, mengadakan majlis mengenang jasa di peringkat daerah/negeri bagi menghargai sumbangan mereka yang telah lama berkhidmat secara sukarela, menjemput ahli-ahli panel ini ke majlis-majlis yang sesuai yang dikendalikan oleh Kementerian/Jabatan Kesihatan, melibatkan mereka dalam aktiviti pembelajaran samada melalui latihan khas atau lawatan sambil belajar untuk mendalami lagi pengetahuan mereka mengenai kesihatan khususnya aspek pencegahan penyakit dan kemudahan wad kelas dua dihospital kerajaan.
Aktiviti Yang Dilaksanakan          
Diantara aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh Panel Penasihat adalah seperti berikut:
a.      Menganjurkan Hari Terbuka di klinik kesihatan bagi mendedahkan dan mendekatkan masyarakat kepada aktiviti-aktiviti yang dikehendaki di klinik tersebut.
b.      Menganjurkan kempen, pemeriksaan kesihatan perubatan, ceramah dan dialog kesihatan berjadual di lokasi-lokasi strategik di dalam kawasan operasi.
c.       Menganjurkan aktiviti-aktiviti gotong-royong samada di klinik kesihatan, kawasan-kawasan awam yang lain atau di kawasan-kawasan awam yang lain atau di kawasan penempatan bagi menggalakkan penjagaan alam sekitar yang bersih.
d.      Menggalakkan penglibatan anggota masyarakat menjalankan beberapa aktiviti mudah seperti mengukur tinggi/berat, `defaulter tracing’ dan lain-lain samada di klinik atau di kawasan penempatan khususnya apabila diadakan kempen atau lawatan kesihatan bergerak.
e.      Membantu dalam melibatkan anggota masyarakat dalam menyebarkan maklumat kesihatan dengan tepat, mudah, murah, cepat dan berkesan.
f.        Membantu dalam memberikan khidmat nasihat kesihatan kepada anggota masyarakat yang menghadapi risiko tinggi supaya segera mendapatkan rawatan.
g.      Membantu mengembeling sumber yang terdapat di dalam masyarakat untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti menambahbaikkan kemudahan-kemudahan kesihatan khususnya untuk keselesaan dan kesejahteraan pengguna.
h.     Membantu mengenalpasti anggota masyarakat setempat yang boleh dilatih dalam beberapa aspek kesihatan bagi membolehkan mereka menjadi sukarelawan kesihatan yang mampu mengendalikan aspek pencegahan dan rawatan penyakit ringan.
i.        Lain-lain aktiviti yang boleh mendatangkan kebaikan kepada masyarakat tetapi tidak bertentangan dengan polisi Kementerian Kesihatan Malaysia.
Bidang Kuasa Panel Penasihat Kesihatan
Panel Penasihat Kesihatan berfungsi dengan berlandaskan kepada konsep musyawarah dan perkongsian pintar, di mana perjumpaan yang kerap diatur bagi membolehkab pertukaran dan pandangan diadakan.
Panel Penasihat boleh merancang, melaksana dan menilai sebarang aktiviti yang berkaitan dengan kesihatan bagi kepentingan penduduk setempat asalkan tidak menyentuh aspek-aspek teknikal dan pentadbiran atau bertentangan dengan dasar-dasar dan peraturan-peraturan Kementerian Kesihatan dan Kerajaan Malaysia. 
Pejabat Kesihatan Daerah/Jabatan Kesihatan Negeri/Ibu pejabat KKM berhak meminda keputusan yang dibuat oleh Panel Penasihat.
Setiap ahli panel hendaklah sentiasa bersikap terbuka dan bertanggungjawab khususnya dalam merancang aktiviti-aktiviti yang boleh dimanafaatkan oleh masyarakat.  Pengerusi panel boleh mmeninta bantuan daripada mana-mana ahli untuk menjalankan aktiviti/projek yang dipersetujuai itu.
Bidang tugas panel penasihat merangkumi memberi nasihat dan bantuan kepada pesakit di dalam merujuk mereka ke klinik kesihatan atau hospital kerajaan.
Objektif Umum
 Untuk mewujudkan saluran komunikasi dua hala yang lebih berkesan sebagai satu forum interaksi antara anggota masyarakat dan kakitangan Jabatan Kesihatan, kearah menggalakkan penglibatan sepenuhnya masyarakat dalam usaha mencapai matlamat “Kesihatan Untuk Semua”.
Objektif Khas
Untuk mempercepatkan dan mempermudahkan penyaluran maklumat-maklumat yang tepat berkaitan masalah kesihatan setempat kepada masyarakat;
Untuk mengambilkira pendapat dan pandangan ahli masyarakat dalam perancangan perlaksanaan sesuatu aktiviti kesihatan supaya ianya bersesuaian dengan keadaan dan budaya setempat;
Untuk mendapatkan maklumbalas yang tepat dari masyarakat berkaitan masalah-masalah dan keberkesanan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan;
Untuk mengujudkan sikap tanggungjawab bersama antara masyarakat dan Jabatan Kesihatan dalam menangani masalah kesihatan;
Untuk mempertingkatkan lagi imej Jabatan Kesihatan pada pandangan masyarakat melalui pendekatan pengurusan yang telus di samping dapat mengurangkan salah faham antara kedua pihak.

Rujukan
Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
Bahagian Pembangunan Kesihatan keluarga

AKTIVITI-AKTIVITI SEMASA:
NOVEMBER 2019
Kesedaran Kanser Dan Kesihatan Wanita, 15 November 2019
Sambutan Hari Diabetes 2019 (KKC), 8 November 2019
(Cakna Diabetes: Keluarga Prihatin, Kesihatan Terjamin)
Lawatan Kelab Warga Emas ke Muzium Diraja Malaysia, 1 November 2019
OKTOBER 2019
Kursus Pemantapan Fungsi Panel Penasihat Klinik Kesihatan Peringkat Pejabat Kesihatan Cheras 2019, 30 Oktober, 2019 
-Fungsi PPKK = Tn Hj Sharif Baharin
-Saringan Kesihatan = Dr Nurzeiti Yuslinda
-X break = En Upadesh Singh
-Aktiviti Fizikal = En Upadesh Singh
-Pemakanan Sihat = Pn Siti Zulaikha Shaharuddin
Majlis Pelancaran "THE BIGGEST ARTPATCHWORK", 23 Oktober 2019
(Hospital Rehabilitasi Cheras)