|
DARI KIRI: ENCIK NG TACK YEE (RAYMOND), ENCIK MUHAMMAD HARRIS SANTHANA ABDULLAH, ENCIK AMIR AHMAD, CHOO CHEN LEECE, TUAN HAJI ABDUL LATIF IDRIS ALMARBAWI (BENDAHARI), ENCIK AZMAN MAT NOOR (PENGERUSI), ENCIK SHA'ARI YUSOFF, PUAN ZURAINI MAHMOOD, ENCIK KUEK PO GUAN, ENCIK KARUNITY A/L SARAVANAM (PEMERIKSA KIRA-KIRA 2). |
Sumbangan Ikhlas:
Rahsia sedekah
Sebarang
sumbangan yang disalurkan adalah melalui Panel
Penasihat Klinik Kesihatan Cheras.
Bersama-sama
ini disertakan nombor akaun berkenaan:
Nama: PANEL
PENASIHAT KLINIK KESIHATAN CHERAS
No. Akaun:
2-14240-0004331-8
Bank: RHB
Bank Berhad
Sebarang
kemusykilan dan pertanyaan sila hubungi/WhatsApp
ke talian berikut: Pengerusi PPKKC:
+60147538281
Kerjasama dan
keperihatinan daripada anda amatlah dihargai dan pihak pihak Panel Penasihat
Klinik Kesihatan Cheras mengucapkan jutaan terima kasih.
Sama-samalah
kita membantu dan berdoa agar warga Cheras khasnya dan Negara amnya memiliki
tahap penjagaan kesihatan terbaik mungkin.
Sumbangan yang diberikan oleh ahli-ahli Panel Penasihat Klinik Kesihatan
adalah besar ertinya dalam usaha untuk membentuk sebuah masyarakat yang sihat
kearah mencapai taraf sebuah negara maju. Sebagai menghargai sumbangan
yang diberikan beberapa inisiatif telah dilaksanakan seperti mengadakan majlis
perlantikan rasmi di peringkat daerah/negeri, pemberian surat dan sijil
perlantikan serta kad pengenalan diri, mengadakan majlis mengenang jasa di
peringkat daerah/negeri bagi menghargai sumbangan mereka yang telah lama
berkhidmat secara sukarela, menjemput ahli-ahli panel ini ke majlis-majlis yang
sesuai yang dikendalikan oleh Kementerian/Jabatan Kesihatan, melibatkan mereka
dalam aktiviti pembelajaran samada melalui latihan khas atau lawatan sambil
belajar untuk mendalami lagi pengetahuan mereka mengenai kesihatan khususnya
aspek pencegahan penyakit dan kemudahan wad kelas dua dihospital kerajaan.
Aktiviti Yang Dilaksanakan
Diantara aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh Panel Penasihat adalah
seperti berikut:
a.
Menganjurkan Hari Terbuka di klinik
kesihatan bagi mendedahkan dan mendekatkan masyarakat kepada aktiviti-aktiviti
yang dikehendaki di klinik tersebut.
b.
Menganjurkan kempen, pemeriksaan
kesihatan perubatan, ceramah dan dialog kesihatan berjadual di lokasi-lokasi
strategik di dalam kawasan operasi.
c.
Menganjurkan aktiviti-aktiviti
gotong-royong samada di klinik kesihatan, kawasan-kawasan awam yang lain atau
di kawasan-kawasan awam yang lain atau di kawasan penempatan bagi menggalakkan
penjagaan alam sekitar yang bersih.
d.
Menggalakkan penglibatan anggota
masyarakat menjalankan beberapa aktiviti mudah seperti mengukur
tinggi/berat, `defaulter tracing’ dan lain-lain samada di
klinik atau di kawasan penempatan khususnya apabila diadakan kempen atau
lawatan kesihatan bergerak.
e.
Membantu dalam melibatkan anggota
masyarakat dalam menyebarkan maklumat kesihatan dengan tepat, mudah, murah,
cepat dan berkesan.
f.
Membantu dalam memberikan khidmat
nasihat kesihatan kepada anggota masyarakat yang menghadapi risiko tinggi
supaya segera mendapatkan rawatan.
g.
Membantu mengembeling sumber yang
terdapat di dalam masyarakat untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti
menambahbaikkan kemudahan-kemudahan kesihatan khususnya untuk keselesaan dan
kesejahteraan pengguna.
h.
Membantu mengenalpasti anggota
masyarakat setempat yang boleh dilatih dalam beberapa aspek kesihatan bagi
membolehkan mereka menjadi sukarelawan kesihatan yang mampu mengendalikan aspek
pencegahan dan rawatan penyakit ringan.
i.
Lain-lain aktiviti yang boleh
mendatangkan kebaikan kepada masyarakat tetapi tidak bertentangan dengan polisi
Kementerian Kesihatan Malaysia.
Bidang Kuasa Panel Penasihat Kesihatan
Panel Penasihat Kesihatan berfungsi dengan berlandaskan kepada konsep
musyawarah dan perkongsian pintar, di mana perjumpaan yang kerap diatur bagi
membolehkab pertukaran dan pandangan diadakan.
Panel Penasihat boleh merancang, melaksana dan menilai sebarang aktiviti
yang berkaitan dengan kesihatan bagi kepentingan penduduk setempat asalkan
tidak menyentuh aspek-aspek teknikal dan pentadbiran atau bertentangan dengan
dasar-dasar dan peraturan-peraturan Kementerian Kesihatan dan Kerajaan
Malaysia.
Pejabat Kesihatan Daerah/Jabatan Kesihatan Negeri/Ibu pejabat KKM berhak
meminda keputusan yang dibuat oleh Panel Penasihat.
Setiap ahli panel hendaklah sentiasa bersikap terbuka dan bertanggungjawab
khususnya dalam merancang aktiviti-aktiviti yang boleh dimanafaatkan oleh
masyarakat. Pengerusi panel boleh mmeninta bantuan daripada mana-mana
ahli untuk menjalankan aktiviti/projek yang dipersetujuai itu.
Bidang tugas panel penasihat merangkumi memberi nasihat dan bantuan
kepada pesakit di dalam merujuk mereka ke klinik kesihatan atau hospital
kerajaan.
Objektif Umum
Untuk mewujudkan saluran komunikasi
dua hala yang lebih berkesan sebagai satu forum interaksi antara anggota
masyarakat dan kakitangan Jabatan Kesihatan, kearah menggalakkan penglibatan
sepenuhnya masyarakat dalam usaha mencapai matlamat “Kesihatan Untuk Semua”.
Objektif Khas
Untuk mempercepatkan dan mempermudahkan penyaluran maklumat-maklumat
yang tepat berkaitan masalah kesihatan setempat kepada masyarakat;
Untuk mengambilkira pendapat dan pandangan ahli masyarakat dalam
perancangan perlaksanaan sesuatu aktiviti kesihatan supaya ianya bersesuaian
dengan keadaan dan budaya setempat;
Untuk mendapatkan maklumbalas yang tepat dari masyarakat berkaitan
masalah-masalah dan keberkesanan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan;
Untuk mengujudkan sikap tanggungjawab bersama antara masyarakat dan
Jabatan Kesihatan dalam menangani masalah kesihatan;
Untuk mempertingkatkan lagi imej Jabatan Kesihatan pada pandangan
masyarakat melalui pendekatan pengurusan yang telus di samping dapat
mengurangkan salah faham antara kedua pihak.
Rujukan
Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
Bahagian Pembangunan Kesihatan keluarga
AKTIVITI-AKTIVITI SEMASA:
NOVEMBER 2019
Kesedaran Kanser Dan Kesihatan Wanita, 15 November 2019
Sambutan Hari Diabetes 2019 (KKC), 8 November 2019
(Cakna Diabetes: Keluarga Prihatin, Kesihatan Terjamin)
Lawatan Kelab Warga Emas ke Muzium Diraja Malaysia, 1 November 2019
OKTOBER 2019
Kursus Pemantapan Fungsi Panel Penasihat Klinik Kesihatan Peringkat Pejabat Kesihatan Cheras 2019, 30 Oktober, 2019
-Fungsi PPKK = Tn Hj Sharif Baharin
-Saringan Kesihatan = Dr Nurzeiti Yuslinda
-X break = En Upadesh Singh
-Aktiviti Fizikal = En Upadesh Singh
-Pemakanan Sihat = Pn Siti Zulaikha Shaharuddin
Majlis Pelancaran "THE BIGGEST ARTPATCHWORK", 23 Oktober 2019
(Hospital Rehabilitasi Cheras)